Connect With Us

Pengertian matriks

Matriks

Sesuatu komposit terdiri daripada sekurang-kurangnya dua komponen asas yiaitu matriks dan pengisi. Menurut Schwartz (1997), peranan matriks adalah memegang agen pengukuh, memindahkan tegasan yang dikenakan kepada pengisi dan sebagai bahan yang akan memberikan rupabentuk akhir komposit. Matriks juga berperanan memberikan rintangan terhadap serangan alam sekitar dan melindungi permukaan gentian daripada lelasan (“abrasion”) secara mekanikal. Menurut Richardson (1987) pula, matriks adalah bahan yang memberikan rupabentuk dan memegang bahan pengukuh dalam komposit Secara umumnya, matriks jenis polimer terbahagi kepada jenis termoplastik dan jenis termoset. Termoplastik adalah polimer yang linear atau bercabang menjadi tegar apabila disejukkan dan menjadi lembut apabila dipanaskan. Menurut Hull &
Clyne, termoplastik tidak mempunyai struktur paut-silang. Maka kekuatan dan kekakuannya adalah  disumbangkan oleh sifat unit monomer dan berat molekul. Menurut Richardson (1987) pula, termoplastik boleh dilembutkan berulang kali untuk membentuk produk yang berguna. Di antara matriks termoplastik ialah
polipropilena (PP), polietilena (PE), polivinilklorida (PVC), polistirena (PS), nilon, poliester dan akrilik  (Harper, 1992).

Termoset merupakan bahan yang tidak boleh dibentuk semula selepas struktur akhir terhasil. Sistem resin termoset mengandungi monomer, agen pematangan, pengeras, penghalang dan bahan pemplastik (Richardson,1987). Ia dimensi. Polimer ini menjadi matang dengan bantuan mangkin atau haba dan tidak boleh dilebur semula  kepada bentuk asalnya tanpa berlaku degradasi struktur polimernya. Ikatan kovalen kuat yang hadir di antara rantai memberikan kestabilan termal yang tinggi (Richardson,1987). Kebanyakan bahan polimer rantai termoset dipaut-silangkan melalui pempolimeran yang dicapai melalui pemanasan, tekanan atau dengan kehadiran mangkin. Proses pematangan boleh dicapai pada suhu bilik atau dengan pemanasan (Hull, 1981). Kebaikan penggunaan bahan termoset ialah ia mempunyai kestabilan termal yang tinggi, rintangan terhadap ubahbentuk di bawah bebanan dan kestabilan dimensi yang tinggi dan kekakuan dan kekerasan yang tinggi merupakan polimer yang menyambung silang untuk membentuk satu jaringan tiga (Berins, 1991). Di antara matriks termoset ialah resin alkid, fenolik, poliester, epoksi, poliuretana (PU), melamin dan urea formaldehid (UF) (Harper, 1992).

0 komentar:



No display
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes